Mesyuarat tersebut telah diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 11 Mac 2015
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Kuala Kurau
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Hassan Adli bin Omar, PK1 SK Kuala Kurau yang mewakili Guru Besar SK Kuala Kurau, En. Mohamad Wazir bin Abu Bakar yang tidak dapat hadir pada mesyuarat berkenaan.
Tn Hj Md Isa bin Md Amin hadir bagi mewakili Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak sementara Tn Hj Zainoddin bin Napiah pula hadir bagi mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian.
Mesyuarat telah membincangkan banyak agenda tentang perancangan aktiviti PKG pada tahun 2015. Adalah menjadi harapan kepada semua yang hadir agar segala yang dirancangkan oleh PKG Kuala Kurau untuk tahun 2015 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
0 comments :
Post a Comment