Monday, April 18, 2016

Laporan Pelaksanaan Program NILAM

 

Salam mesra,

Surat siaran Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM : KUTIPAN DATA NILAM DAN PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016 (KP(BTP-PSP)8810/3/3 Jld.2(65) bertarikh 8 Mac 2016 seperti dilampirkan adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan templat laporan pelaksanaan Program NILAM untuk kegunaan sekolah-sekolah negeri Perak.

3. Pihak tuan perlu menghantar SR5/1 (bagi sekolah rendah) dan SM5/1 (bagi sekolah menengah & kolej vokasional) ke PKG masing-masing sebelum 20 April 2016. Manakala borang-borang lain hanya cadangan untuk kegunaan pihak sekolah sahaja.

Kerjasama dan tindakan tuan amat dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah, 
       

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai,
30010 Ipoh, Perak.

Tel. Peribadi/ Whatsapp/ Telegram : 013-442 5553
Tel. Pejabat : 05-292 4933 (samb. 125) | Faks : 05-292 4115 
Facebook : Dukun Petai



Klik Disini untuk muat turun fail kutipan data nilam Sekolah Menengah dan sekolah rendah

Wednesday, March 30, 2016

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M 2016)

Salam mesra,

Tuan, 

1. KM1M merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah negeri Perak diharap dapat melaksanakan program tersebut di peringkat sekolah masing-masing.

3. Laporan pelaksanaan KM1M hendaklah dihantar kepada Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing sebelum 15 April 2016 menggunakan format seperti dalam Lampiran B.

4. Sekiranya pihak tuan ada pertanyaan sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG masing-masing. Kerjasama dan tindakan tuan amat dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah, 
       

NAZARKHAN BIN ABDULLAH
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai,
30010 Ipoh, Perak.

Tel. Peribadi/ Whatsapp/ Telegram : 013-442 5553
Tel. Pejabat : 05-292 4933 (samb. 125) | Faks : 05-292 4115 
Facebook : Dukun Petai

Muat Turun Soalan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Tahun 2016

السلام عليكم Ùˆ رحمة الله وبركاته 
Salam Sejahtera,

Berikut dilampirkan  Soalan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG untuk Tahun 2016. 
Sila Klik DISINI untuk muat turun soalan  Soalan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG


Monday, March 7, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN GPM BIL.1/2016 PKG KUALA KURAU


Pada 3 Mac 2016, PKG Kuala Kurau telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa GPM / GPSS sekolah kelompok PKG Kuala Kurau bil 1/2016 pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di bilik mesyuarat PKG Kuala Kurau. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua guru perpustakaan dan media serta guru pusat sumber sekolah sebanyak 19 buah sekolah. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah aktiviti PKG Kuala Kurau bagi tahun ini, program khidmat bantu PSS ke sekolah, pemilihan tokoh NILAM, anugerah PSS cemerlang dan lain-lain.

Thursday, March 3, 2016

DATA KUTIPAN BACAAN NILAM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH -PKG KUALA KURAU

 
 
Assalamualaikum dan Salam mesra,

1. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sebagai urus setia Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca bertanggungjawab untuk mengumpul dan seterusnya melapor pencapaian Program NILAM.
2. Sehubungan dengan itu, untuk memastikan keselamatan data. BTP telah memutuskan tidak akan menggunakan Sistem i-NILAM untuk tujuan kutipan data mulai tahun 2016. 
3. BTP telah menyediakan satu templat interim untuk mengutip data NILAM bagi menggantikan proses kutipan data sedia ada.
4.   Kutipan data akan dilaksanakan setiap suku tahun (Mac, Jun, September dan Disember) untuk tujuan pelaporan. 
5. Data analisa akhir dari BTPN haruslah dihantar ke Sektor PSP, BTP pada 30 April, 30 Julai, 30 Okt dan Jan 2017.
6. Bersama-sama ini disertakan templat kutipan data NILAM untuk tindakan tuan. Surat siaran kepada sekolah akan dihantar kepada sekolah sejurus UPSP menerimanya daripada BTP.
 
KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN FILE DATA KUTIPAN

MESYUARAT PENYELARASAN GPB/GICT BIL.1/2016 PKG KUALA KURAU



Pada 2 Mac 2016, PKG Kuala Kurau telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa GPB / GICT sekolah kelompok PKG Kuala Kurau  bil. 1/2016 pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua guru penyelaras bestari dan guru penyelaras ICT sekolah kelompok PKG Kuala Kurau sebanyak 19 buah sekolah. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Teknologi 1 pkg iaitu, Pn. Wan Maszatul Laili Bt. Meor Rohidi. Antara agenda yang dibincangkan ialah perancangan aktiviti PKG Kuala Kurau, tarikh pengisian SSQS, Frog VLE dan penyelenggaraan ICT bagi tahun 2016.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN PKG KUALA KURAU BIL. 1/2016



Pada 1 Mac 2016, PKG Kuala Kurau telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa permuafakatan aktiviti Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau bil 1/2016 pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di bilik mesyuarat PKG Kuala Kurau. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar atau wakil dari sekolah kelompok PKG Kuala Kurau sebanyak 19 buah sekolah. Namun terdapat 3 buah sekolah yang tiada peserta atau wakil yang hadir. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Guru Besar SK Kuala Kurau iatu En. Abdul Rahman B. Musa serta tiada wakil dari PPD Kerian dan BTPN Perak.

Thursday, February 25, 2016

IMPORT MAKLUMAT MURID KE DALAM VLE


Pemberitahuan – Proses Import Maklumat Murid
Import Maklumat Murid ke dalam VLE
Dimaklumkan sistem 1BestariNet telah dipertingkatkan dengan pertambahan fungsi bagi pengemaskinian maklumat murid yang membolehkan setiap sekolah mengimport data murid terkini ke dalam VLE daripada pangkalan data APDM. Pentadbir VLE di sekolah kini dapat mengimport maklumat murid ke dalam VLE secara pukal melalui fungsi import yang terdapat di dalam aplikasi ‘Users’.
Dengan pertambahan fungsi ini, proses import maklumat murid ke dalam VLE dapat dilakukan sendiri oleh Pentadbir VLE di setiap sekolah dengan menggunakan data murid yang diinput di peringkat sekolah masing-masing. Proses ini membolehkan:
• Pengemaskinian dilakukan untuk semua kelas dan murid di sekolah terbabit.
• Pertambahan maklumat semua murid baru
• Pengemaskinian tingkatan/ kelas murid, dan
• Pembetulan sebarang kesilapan data atau maklumat yang tidak lengkap untuk murid tersebut.
Tatacara pelaksanaan proses import maklumat murid diperincikan di mukasurat seterusnya. Pihak sekolah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami panduan yang telah disediakan ini terlebih dahulu, sebelum melaksanakan proses import di sekolah masing-masing.
Jika pihak sekolah mempunyai sebarang pertanyaan ataupun menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan proses import maklumat murid ini, sila hubungi meja bantuan 1BestariNet di nombor talian atau emel yang tertera di bawah.
Terima Kasih.
Sentiasa Berkhidmat, moesupport@ytlcomms.my
No. Telefon: ✓ 018-7998787
Waktu Operasi: ✓ Isnin – Jumaat (termasuk Cuti Awam) ✓ 7am-10pm


Klik ~~DISINI  ~~ Untuk Muat TurunManual Proses Import Maklumat Murid.

Wednesday, February 24, 2016

KHIDMAT BANTU LADAP VLE SABK AL HIDAYAH

 
Pada tarikh 23 Februari 2016, SABK Al-Hidayah telah mengadakan LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) Frog VLE yang disampaikan oleh guru penyelaras ICT sekolah tersebut iaitu En. Shahril B. Ibrahim. LADAP tersebut telah dijalankan di bilik gerakan SABK Al-Hidayah pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang yang dihadiri lebih 30 orang guru. PTP1, PTP2 dan juruteknik komputer dari PKG Kuala Kurau dijemput oleh En. Shahril B. Ibrahim untuk bersama memberi khidmat bantu kepada guru semasa LADAP berlangsung.

Thursday, February 18, 2016

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PTP DI PKG NEGERI PERAK 2016



Pihak BTPN Perak telah membuat hebahan mengenai kekosongan jawatan sebagai pegawai teknologi pendidikan di pusat kegiatan guru negeri Perak. Jawatan ini terbuka kepada semua guru sekolah rendah dan menengah namun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut;


Wednesday, July 22, 2015

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS ( SSQS ) 2015









Penarafan Pembestarian Sekolah Sekolah di bawah kendalian KPM  melalui instrumen Smart School Qualification Standards ( SSQS ) 2015 telah bermula pada 6 Julai 2015 dan akan berakhir pada  30 Ogos 2015. Bagi melayari segala informasi berkaitan SSQS 2015, tuan / puan boleh melayari pautan yang disediakan di bawah


PKG Kuala Kurau memohon kerjasama semua 19 buah sekolah dalam kelompok PKG Kuala Kurau agar dapat menyelesaikan pengisian instrumen SSQS 2015 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Jika ada sebarang masalah, pihak sekolah boleh terus berhubung dengan pegawai di PKG Kuala Kurau bagi mendapatkan khidmat bantuan pengisian. PKG Kuala Kurau sedia membantu anda.





PENILAIAN PSS CEMERLANG DAERAH KERIAN 2015 DI SMK KUALA KURAU





              Pada tarikh 2 Julai 2015, Pasukan Penilai PSS Cemerlang Daerah Kerian telah hadir ke SMK Kuala Kurau bagi menjalankan Penilaian PSS Cemerlang 2015. Pasukan Penilai ini diketuai oleh Encik Mohd Fauzi bin Mohamad Yazid, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Bagan Serai. Beliau turut dibantu oleh Encik Ibrahim bin MD Yaman dari PKG Gunung Semanggol dan Encik Nazli Azri Safie bin Abu Samat dari PKG Teluk Medan.
               Pasukan Penilai PSS Cemerlang Daerah Kerian mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua, GPM dan seluruh warga SMK Kuala Kurau di atas usaha dan kesungguhan bagi menjadikan PSS SMK Kuala Kurau sebagai PSS Cemerlang. Teruskan komitmen bagi menjayakan PSS sekolah anda.

PENILAIAN PSS CEMERLANG DAERAH KERIAN 2015 DI SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG



                  Penilaian PSS Cemerlang Daerah Kerian 2015 telah dimulakan di SMK Panglima Bukit Gantang pada 29 Jun 2015. Pasukan Penilai yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan dari 5 buah PKG dalam Daerah Kerian telah hadir ke SMK Panglima Bukit Gantang bagi menilai PSS sekolah berkenaan mengikut instrumen yang telah ditetapkan. Pasukan Penilai ini diketuai oleh Encik Abdul Basit bin Mohamad Noor yang juga merupakan Ketua PKG Daerah Kerian.
                  Pasukan Penilai PSS Cemerlang Daerah Kerian mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua, GPM dan seluruh warga SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar di atas usaha dan kesungguhan bagi menjadikan PSS SMK Panglima Bukit Gantang sebagai PSS Cemerlang. Teruskan komitmen bagi menjayakan PSS sekolah anda.


Sunday, July 12, 2015

PEMANTAUAN BTPN PERAK KE PKG KUALA KURAU ( MS ISO 9001 : 2008 )


Pihak BTPN Perak telah mengadakan pemantauan
MS ISO 9001:2008 terhadap PKG Kuala Kurau pada 24 Jun 2015 yang lalu. Barisan pegawai pemantau dari BTPN terdiri daripada Encik Abd Manap bin Hj Ibrahim dan Cik Haslinda binti Jamaluddin. Encik Mohd Hafiz bin Ariffin ,Juruteknik Komputer dari PKG Gunung Semanggol pula telah bertindak sebagai pegawai pembantu pemantauan.
Pengurusan PKG Kuala Kurau telah dinilai melalui instrumen MS ISO 9001 : 2008. Hasil pemantauan mendapati PKG Kuala Kurau telah berjaya menjalankan fungsi dan peranannya dengan baik.
Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan perhargaan dan terima kasih kepada pasukan pemantau dari BTPN Perak di atas penilaian yang telah dijalankan terhadap PKG Kuala Kurau.


Wednesday, May 27, 2015

BENGKEL REKABENTUK INSTRUKSIONAL PdP DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) UNTUK GURU- GURU SUBJEK SAINS, PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 2015

     Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran VLE telah diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

                 Tarikh : 25 & 26 Mei 2015
                  Masa  : 8.30 am - 4.30 pm
                  Tempat : Bilik Seminar PKG Kuala Kurau
     Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran Pend.Islam dan Sains untuk sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah pula melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.Guru-guru ini dipilih daripada gabungan 3 kelompok PKG Kerian iaitu PKG Kuala Kurau, PKG Parit Buntar dan PKG Bagan Serai.
     Bengkel ini dikendalikan oleh 8 orang fasilitator yang diketuai oleh En. Abdul  Basit bin Mohamad Noor dari PKG Parit Buntar.
     Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang pembinaan laman pembelajaran VLE dan bagaimana cara untuk menghantar laman tersebut ke MoE Repository.

PROGRAM ZIARAH GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2015

      Sempena sambutan Hari Guru Tahun 2015, PKG Daerah Kerian telah bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian dalam Program Ziarah Guru Peringkat Daerah Kerian. PKG Daerah Kerian telah membantu dari segi aspek rakaman gambar pegun ketika program tersebut dijalankan.PKG Daerah Kerian diwakili oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan, Pn. Wan Maszatul Laili bt Meor Rohidi dengan dibantu oleh beberapa orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian. Pejabat Pendidikan Daerah Kerian pula diketuai oleh Tuan PPD Kerian, Pn.Ommi Kalsom bt Mohamad dan beberapa orang pegawai PPD Kerian.
      Semoga kerjasama erat antara PKG Daerah Kerian dan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian akan terus terjalin di masa masa akan datang.

Tuesday, May 12, 2015

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE UNTUK PARA PENTADBIR SEKOLAH PKG KUALA KURAU 2015

      Pada tarikh 12 Mei 2015, PKG Kuala Kurau telah mengadakan satu Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Frog VLE untuk para Pentadbir Sekolah Sekolah Kelompok PKG Kuala Kurau.
          Bengkel ini disampaikan oleh En.Kamaruzaman bin Ishak, Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Kuala Kurau. Setiap peserta bengkel telah dibekalkan dengan panduan asas pembinaan laman pembelajaran Frog VLE secara bercetak. Ini untuk memudahkan peserta mengikuti langkah langkah pembinaan laman secara lebih mudah dan berkesan.
         Pihak PKG Kuala Kurau juga ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Kuala Kurau, En.Mohamad Wazir bin Abu Bakar kerana telah sudi meminjamkan chromebook bagi kegunaan peserta bengkel.

BANTUAN TEKNIKAL UJIAN PISA 2015 DI SMK RAJA LOPE NOR RASHID TANJONG PIANDANG





      Pada tarikh 8 Mei 2015,  Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan Juruteknik Komputer PKG Kuala Kurau dengan dibantu oleh Juruteknik Komputer PKG Parit Buntar, Juruteknik Komputer PKG Bagan Serai serta 5 orang Juruteknik sekolah-sekolah kelompok PKG Kuala Kurau telah hadir ke SMK Raja Lope Nor Rashid bagi membantu pihak sekolah dari segi aspek teknikal persediaan netbook bagi menjayakan Ujian PISA 2015.
       Pasukan teknikal ini tiba seawal jam 7.30 pagi bagi membantu pihak sekolah menyediakan netbook yang bakal digunakan oleh calon calon Ujian Pisa 2015. Seorang Pegawai dari Kementerian Pendidikan dan seorang Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga telah hadir sebagai Pegawai yang mengawal selia perjalanan Ujian PISA berkenaan.
        Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak, Dr Suhaimi bin Kadir  juga telah hadir bagi memantau tugasan yang dijalankan oleh para Pegawai PKG Kuala Kurau.
        Ujian PISA telah dapat dijalankan dengan jayanya. Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan Ujian PISA 2015 ini.
























BENGKEL PERSEDIAAN TOKOH NILAM KELOMPOK PKG KUALA KURAU TAHUN 2015



       Pada 7 Mei 2015, PKG Kuala Kurau telah menganjurkan Bengkel Persediaan Tokoh NILAM bagi memberi pendedahan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau tentang aspek menyediakan murid untuk Pemilihan Tokoh NILAM.
       Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot. Slot pertama dikendalikan oleh Pn. Wan Maszatul Laili bt Meor Rohidi, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Kuala Kurau. Slot beliau lebih menumpukan kepada aspek teknikal seperti penyediaan folio peserta dan borang-borang berkaitan Pemilihan Tokoh NILAM.
         Slot ke-2 pula dikendalikan oleh Pn. Hasni binti Abdul Rahman, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Kerian. Beliau pula berkongsi ilmu tentang aspek penilaian Tokoh NILAM oleh para hakim semasa proses Pemilihan Tokoh NILAM dijalankan. Banyak tips dan panduan yang berguna telah beliau kongsikan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau yang telah hadir pada hari berkenaan.
         Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan perhargaan kepada Pn. Hasni binti Abdul Rahman di atas perkongsian tips dan panduan yang amat berguna kepada bakal Tokoh NILAM PKG Kuala Kurau 2015.
         Semoga dengan perkongsian ilmu dan panduan oleh 2 orang fasilitator ini telah dapat memberikan panduan serta pemahaman kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau dalam membuat persediaan murid ke Pemilihan Tokoh NILAM 2015.


















Wednesday, April 22, 2015

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015




Kem Membaca 1Malaysia peringkat Kebangsaan dan Negeri Perak akan bermula secara serentak pada 21 April 2015 sehingga 23 April 2015. Segala dokumen berkaitan pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia boleh dimuat turun pada pautan di bawah.


Dokumen Pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia 2015