Pada 7 Mei 2015, PKG Kuala Kurau telah menganjurkan Bengkel Persediaan Tokoh NILAM bagi memberi pendedahan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau tentang aspek menyediakan murid untuk Pemilihan Tokoh NILAM.
Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot. Slot pertama dikendalikan oleh Pn. Wan Maszatul Laili bt Meor Rohidi, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Kuala Kurau. Slot beliau lebih menumpukan kepada aspek teknikal seperti penyediaan folio peserta dan borang-borang berkaitan Pemilihan Tokoh NILAM.
Slot ke-2 pula dikendalikan oleh Pn. Hasni binti Abdul Rahman, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Kerian. Beliau pula berkongsi ilmu tentang aspek penilaian Tokoh NILAM oleh para hakim semasa proses Pemilihan Tokoh NILAM dijalankan. Banyak tips dan panduan yang berguna telah beliau kongsikan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau yang telah hadir pada hari berkenaan.
Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan perhargaan kepada Pn. Hasni binti Abdul Rahman di atas perkongsian tips dan panduan yang amat berguna kepada bakal Tokoh NILAM PKG Kuala Kurau 2015.
Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan perhargaan kepada Pn. Hasni binti Abdul Rahman di atas perkongsian tips dan panduan yang amat berguna kepada bakal Tokoh NILAM PKG Kuala Kurau 2015.
Semoga dengan perkongsian ilmu dan panduan oleh 2 orang fasilitator ini telah dapat memberikan panduan serta pemahaman kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau dalam membuat persediaan murid ke Pemilihan Tokoh NILAM 2015.











Bengkel Persediaan Tokoh NILAM yang dianjurkan oleh PKG Kuala Kurau nampaknya sangat bermanfaat, terutamanya dengan perkongsian praktikal dari Pn. Wan Maszatul Laili dan Pn. Hasni binti Abdul Rahman. Tips dan panduan yang diberikan pasti membantu guru menyediakan murid untuk Pemilihan Tokoh NILAM dengan lebih sistematik dan berkesan.
ReplyDeleteUntuk maklumat lanjut dan panduan tambahan yang berkaitan pendidikan dan pengurusan murid, anda boleh learn more di sini.