Wednesday, April 22, 2015

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015




Kem Membaca 1Malaysia peringkat Kebangsaan dan Negeri Perak akan bermula secara serentak pada 21 April 2015 sehingga 23 April 2015. Segala dokumen berkaitan pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia boleh dimuat turun pada pautan di bawah.


Dokumen Pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia 2015

Thursday, April 9, 2015

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR 2015 DI PKG KUALA KURAU


Pada 8.4.2015, satu bengkel teknik menjawab soalan sains UPSR telah diadakan di bilik seminar PKG Kuala Kurau. Program ini adalah hasil kolaborasi pihak PKG Kuala Kurau dan SK Kuala Kurau dengan matlamat utama untuk membantu melonjakkan lagi tahap pencapaian murid dalam matapelajaran sains. Seramai 4 orang guru dan 50 orang murid telah terlibat di dalam bengkel ini.
Adalah menjadi hasrat pihak PKG Kuala Kurau untuk sama sama berperanan membantu meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik sekolah sekolah dalam kelompok PKG Kuala Kurau. Semoga dengan kerjasama ini, murid murid Tahun 6 SK Kuala Kurau akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang di dalam UPSR 2015, khususnya bagi matapelajaran sains.

KHIDMAT BANTU RANGKAIAN OCPE DI SJKT LADANG GULA






    Pada 24.3.2015,    2 orang pegawai PKG Kuala Kurau dengan dibantu oleh seorang JTK SK Kuala Kurau telah pergi ke SJKT Ladang Gula bagi menyiasat laporan pihak sekolah berkenaan tentang gangguan capaian internet. 
     Gangguan ini bermula apabila pihak sekolah mula menaik taraf bilik Guru Besar sekolah berkenaan. 

Setelah dibuat penilaian secara teliti, pihak PKG Kuala Kurau telah berjaya mengesan punca permasalahan berkenaan. Masalah ini berpunca daripada kabel OCPE tidak disambungkan ke Adapter.
      Capaian internet sekolah kembali berfungsi setelah pihak PKG menyambungkan semula kabel tersebut ke Adapter.


Friday, April 3, 2015

GARIS PANDUAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

BTPN Perak telah mengeluarkan garis panduan untuk proses penyelenggaraan peralatan ICT sekolah-sekolah  KPM dalam Negeri Perak. Panduan tersebut boleh dimuat turun melalui pautan pautan berikut :

Garis Panduan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah


Lampiran Borang Berkaitan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Thursday, April 2, 2015

SELAMAT DATANG PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KPM

Warga Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau mengalu alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang baru iaitu Tuan Haji Zaidi bin Yazid. Semoga dengan kepimpinan beliau, BTP,BTPN dan PKG akan terus cemerlang seiring dengan moto "Teknologi Untuk Pendidikan Bestari ".

Di bawah ini dilampirkan serba sedikit biodata Tuan Haji Zaidi bin Yazid :





Wednesday, April 1, 2015

SURAT SIARAN BTP BERKENAAN VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT - Penjelasan Mengenai Preventive Maintainance dan Corrective Maintainance



Info untuk sekolah sekolah yang mempunyai Virtual Desktop Infrastructure (VDI) Thin Client. Info ini berkaitan dengan Preventive Maintainance dan Corrective Maintainance.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK KUALA KURAU KE SK ALOR PONGSU



     Pada 30 Mac 2015, satu rombongan dari SK Kuala Kurau yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penyelaras Bestari telah mengadakan  lawatan sambil belajar ke SK Alor Pongsu bagi memantapkan lagi pengurusan Frog VLE di SK Kuala Kurau.            
     Lawatan ini adalah dengan kerjasama pihak PKG Kuala Kurau di mana seorang Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Kurau telah bertindak sebagai pegawai pengiring.
     Lawatan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir SK Alor Pongsu, Tuan Haji Yeop bin Hj Mat dan Guru Penyelaras Bestari SK Alor Pongsu iaitu En. Budiman bin Samsuri
         Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakam ucapan jutaan terima kasih di atas perkongsian maklumat yang telah diberikan oleh Guru Penyelaras Bestari SK Alor Pongsu semasa sesi lawatan ini berlangsung.Semoga segala informasi yang dikongsikan dapat memantapkan lagi pengurusan Frog VLE di SK Kuala Kurau.

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI TINGKATAN 4,TINGKATAN 5, TAHUN 5 DAN TAHUN 6 SECARA PENDEKATAN ZPD DAERAH KERIAN 2015



Bengkel Instalasi dan penggunaan bahan digital MBMMBI  secara pendekatan ZPD bagi Daerah Kerian telah diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

1. CD MBMMBI Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan 5

Tarikh : 26 Mac 2015
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akademik,
               Kompleks Sekolah Wawasan 
               Parit Buntar, Perak.

2. CD MBMMBI Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 

Tarikh : 26 Mac 2015
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akademik,
               Kompleks Sekolah Wawasan 
               Parit Buntar, Perak.

3. CD MBMMBI Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6

Tarikh : 27 Mac 2015
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akademik,
               Kompleks Sekolah Wawasan 
               Parit Buntar, Perak.

Pihak PKG Daerah Kerian ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kerian,Para Jurulatih Utama MBMMBI Daerah Kerian,Guru guru yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Instalasi dan Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Daerah Kerian untuk tahun 2015.