Wednesday, July 22, 2015

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS ( SSQS ) 2015









Penarafan Pembestarian Sekolah Sekolah di bawah kendalian KPM  melalui instrumen Smart School Qualification Standards ( SSQS ) 2015 telah bermula pada 6 Julai 2015 dan akan berakhir pada  30 Ogos 2015. Bagi melayari segala informasi berkaitan SSQS 2015, tuan / puan boleh melayari pautan yang disediakan di bawah


PKG Kuala Kurau memohon kerjasama semua 19 buah sekolah dalam kelompok PKG Kuala Kurau agar dapat menyelesaikan pengisian instrumen SSQS 2015 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Jika ada sebarang masalah, pihak sekolah boleh terus berhubung dengan pegawai di PKG Kuala Kurau bagi mendapatkan khidmat bantuan pengisian. PKG Kuala Kurau sedia membantu anda.





PENILAIAN PSS CEMERLANG DAERAH KERIAN 2015 DI SMK KUALA KURAU





              Pada tarikh 2 Julai 2015, Pasukan Penilai PSS Cemerlang Daerah Kerian telah hadir ke SMK Kuala Kurau bagi menjalankan Penilaian PSS Cemerlang 2015. Pasukan Penilai ini diketuai oleh Encik Mohd Fauzi bin Mohamad Yazid, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Bagan Serai. Beliau turut dibantu oleh Encik Ibrahim bin MD Yaman dari PKG Gunung Semanggol dan Encik Nazli Azri Safie bin Abu Samat dari PKG Teluk Medan.
               Pasukan Penilai PSS Cemerlang Daerah Kerian mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua, GPM dan seluruh warga SMK Kuala Kurau di atas usaha dan kesungguhan bagi menjadikan PSS SMK Kuala Kurau sebagai PSS Cemerlang. Teruskan komitmen bagi menjayakan PSS sekolah anda.

PENILAIAN PSS CEMERLANG DAERAH KERIAN 2015 DI SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG



                  Penilaian PSS Cemerlang Daerah Kerian 2015 telah dimulakan di SMK Panglima Bukit Gantang pada 29 Jun 2015. Pasukan Penilai yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan dari 5 buah PKG dalam Daerah Kerian telah hadir ke SMK Panglima Bukit Gantang bagi menilai PSS sekolah berkenaan mengikut instrumen yang telah ditetapkan. Pasukan Penilai ini diketuai oleh Encik Abdul Basit bin Mohamad Noor yang juga merupakan Ketua PKG Daerah Kerian.
                  Pasukan Penilai PSS Cemerlang Daerah Kerian mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Pengetua, GPM dan seluruh warga SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar di atas usaha dan kesungguhan bagi menjadikan PSS SMK Panglima Bukit Gantang sebagai PSS Cemerlang. Teruskan komitmen bagi menjayakan PSS sekolah anda.


Sunday, July 12, 2015

PEMANTAUAN BTPN PERAK KE PKG KUALA KURAU ( MS ISO 9001 : 2008 )


Pihak BTPN Perak telah mengadakan pemantauan
MS ISO 9001:2008 terhadap PKG Kuala Kurau pada 24 Jun 2015 yang lalu. Barisan pegawai pemantau dari BTPN terdiri daripada Encik Abd Manap bin Hj Ibrahim dan Cik Haslinda binti Jamaluddin. Encik Mohd Hafiz bin Ariffin ,Juruteknik Komputer dari PKG Gunung Semanggol pula telah bertindak sebagai pegawai pembantu pemantauan.
Pengurusan PKG Kuala Kurau telah dinilai melalui instrumen MS ISO 9001 : 2008. Hasil pemantauan mendapati PKG Kuala Kurau telah berjaya menjalankan fungsi dan peranannya dengan baik.
Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan perhargaan dan terima kasih kepada pasukan pemantau dari BTPN Perak di atas penilaian yang telah dijalankan terhadap PKG Kuala Kurau.


Wednesday, May 27, 2015

BENGKEL REKABENTUK INSTRUKSIONAL PdP DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) UNTUK GURU- GURU SUBJEK SAINS, PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 2015

     Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran VLE telah diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

                 Tarikh : 25 & 26 Mei 2015
                  Masa  : 8.30 am - 4.30 pm
                  Tempat : Bilik Seminar PKG Kuala Kurau
     Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran Pend.Islam dan Sains untuk sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah pula melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.Guru-guru ini dipilih daripada gabungan 3 kelompok PKG Kerian iaitu PKG Kuala Kurau, PKG Parit Buntar dan PKG Bagan Serai.
     Bengkel ini dikendalikan oleh 8 orang fasilitator yang diketuai oleh En. Abdul  Basit bin Mohamad Noor dari PKG Parit Buntar.
     Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang pembinaan laman pembelajaran VLE dan bagaimana cara untuk menghantar laman tersebut ke MoE Repository.

PROGRAM ZIARAH GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2015

      Sempena sambutan Hari Guru Tahun 2015, PKG Daerah Kerian telah bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian dalam Program Ziarah Guru Peringkat Daerah Kerian. PKG Daerah Kerian telah membantu dari segi aspek rakaman gambar pegun ketika program tersebut dijalankan.PKG Daerah Kerian diwakili oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan, Pn. Wan Maszatul Laili bt Meor Rohidi dengan dibantu oleh beberapa orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian. Pejabat Pendidikan Daerah Kerian pula diketuai oleh Tuan PPD Kerian, Pn.Ommi Kalsom bt Mohamad dan beberapa orang pegawai PPD Kerian.
      Semoga kerjasama erat antara PKG Daerah Kerian dan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian akan terus terjalin di masa masa akan datang.

Tuesday, May 12, 2015

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE UNTUK PARA PENTADBIR SEKOLAH PKG KUALA KURAU 2015

      Pada tarikh 12 Mei 2015, PKG Kuala Kurau telah mengadakan satu Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Frog VLE untuk para Pentadbir Sekolah Sekolah Kelompok PKG Kuala Kurau.
          Bengkel ini disampaikan oleh En.Kamaruzaman bin Ishak, Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Kuala Kurau. Setiap peserta bengkel telah dibekalkan dengan panduan asas pembinaan laman pembelajaran Frog VLE secara bercetak. Ini untuk memudahkan peserta mengikuti langkah langkah pembinaan laman secara lebih mudah dan berkesan.
         Pihak PKG Kuala Kurau juga ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Kuala Kurau, En.Mohamad Wazir bin Abu Bakar kerana telah sudi meminjamkan chromebook bagi kegunaan peserta bengkel.

BANTUAN TEKNIKAL UJIAN PISA 2015 DI SMK RAJA LOPE NOR RASHID TANJONG PIANDANG





      Pada tarikh 8 Mei 2015,  Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan Juruteknik Komputer PKG Kuala Kurau dengan dibantu oleh Juruteknik Komputer PKG Parit Buntar, Juruteknik Komputer PKG Bagan Serai serta 5 orang Juruteknik sekolah-sekolah kelompok PKG Kuala Kurau telah hadir ke SMK Raja Lope Nor Rashid bagi membantu pihak sekolah dari segi aspek teknikal persediaan netbook bagi menjayakan Ujian PISA 2015.
       Pasukan teknikal ini tiba seawal jam 7.30 pagi bagi membantu pihak sekolah menyediakan netbook yang bakal digunakan oleh calon calon Ujian Pisa 2015. Seorang Pegawai dari Kementerian Pendidikan dan seorang Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga telah hadir sebagai Pegawai yang mengawal selia perjalanan Ujian PISA berkenaan.
        Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak, Dr Suhaimi bin Kadir  juga telah hadir bagi memantau tugasan yang dijalankan oleh para Pegawai PKG Kuala Kurau.
        Ujian PISA telah dapat dijalankan dengan jayanya. Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan Ujian PISA 2015 ini.
























BENGKEL PERSEDIAAN TOKOH NILAM KELOMPOK PKG KUALA KURAU TAHUN 2015



       Pada 7 Mei 2015, PKG Kuala Kurau telah menganjurkan Bengkel Persediaan Tokoh NILAM bagi memberi pendedahan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau tentang aspek menyediakan murid untuk Pemilihan Tokoh NILAM.
       Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot. Slot pertama dikendalikan oleh Pn. Wan Maszatul Laili bt Meor Rohidi, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Kuala Kurau. Slot beliau lebih menumpukan kepada aspek teknikal seperti penyediaan folio peserta dan borang-borang berkaitan Pemilihan Tokoh NILAM.
         Slot ke-2 pula dikendalikan oleh Pn. Hasni binti Abdul Rahman, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Kerian. Beliau pula berkongsi ilmu tentang aspek penilaian Tokoh NILAM oleh para hakim semasa proses Pemilihan Tokoh NILAM dijalankan. Banyak tips dan panduan yang berguna telah beliau kongsikan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau yang telah hadir pada hari berkenaan.
         Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan perhargaan kepada Pn. Hasni binti Abdul Rahman di atas perkongsian tips dan panduan yang amat berguna kepada bakal Tokoh NILAM PKG Kuala Kurau 2015.
         Semoga dengan perkongsian ilmu dan panduan oleh 2 orang fasilitator ini telah dapat memberikan panduan serta pemahaman kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau dalam membuat persediaan murid ke Pemilihan Tokoh NILAM 2015.


















Wednesday, April 22, 2015

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015




Kem Membaca 1Malaysia peringkat Kebangsaan dan Negeri Perak akan bermula secara serentak pada 21 April 2015 sehingga 23 April 2015. Segala dokumen berkaitan pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia boleh dimuat turun pada pautan di bawah.


Dokumen Pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia 2015

Thursday, April 9, 2015

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR 2015 DI PKG KUALA KURAU


Pada 8.4.2015, satu bengkel teknik menjawab soalan sains UPSR telah diadakan di bilik seminar PKG Kuala Kurau. Program ini adalah hasil kolaborasi pihak PKG Kuala Kurau dan SK Kuala Kurau dengan matlamat utama untuk membantu melonjakkan lagi tahap pencapaian murid dalam matapelajaran sains. Seramai 4 orang guru dan 50 orang murid telah terlibat di dalam bengkel ini.
Adalah menjadi hasrat pihak PKG Kuala Kurau untuk sama sama berperanan membantu meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik sekolah sekolah dalam kelompok PKG Kuala Kurau. Semoga dengan kerjasama ini, murid murid Tahun 6 SK Kuala Kurau akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang di dalam UPSR 2015, khususnya bagi matapelajaran sains.

KHIDMAT BANTU RANGKAIAN OCPE DI SJKT LADANG GULA






    Pada 24.3.2015,    2 orang pegawai PKG Kuala Kurau dengan dibantu oleh seorang JTK SK Kuala Kurau telah pergi ke SJKT Ladang Gula bagi menyiasat laporan pihak sekolah berkenaan tentang gangguan capaian internet. 
     Gangguan ini bermula apabila pihak sekolah mula menaik taraf bilik Guru Besar sekolah berkenaan. 

Setelah dibuat penilaian secara teliti, pihak PKG Kuala Kurau telah berjaya mengesan punca permasalahan berkenaan. Masalah ini berpunca daripada kabel OCPE tidak disambungkan ke Adapter.
      Capaian internet sekolah kembali berfungsi setelah pihak PKG menyambungkan semula kabel tersebut ke Adapter.


Friday, April 3, 2015

GARIS PANDUAN PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH

BTPN Perak telah mengeluarkan garis panduan untuk proses penyelenggaraan peralatan ICT sekolah-sekolah  KPM dalam Negeri Perak. Panduan tersebut boleh dimuat turun melalui pautan pautan berikut :

Garis Panduan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah


Lampiran Borang Berkaitan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Thursday, April 2, 2015

SELAMAT DATANG PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KPM

Warga Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau mengalu alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang baru iaitu Tuan Haji Zaidi bin Yazid. Semoga dengan kepimpinan beliau, BTP,BTPN dan PKG akan terus cemerlang seiring dengan moto "Teknologi Untuk Pendidikan Bestari ".

Di bawah ini dilampirkan serba sedikit biodata Tuan Haji Zaidi bin Yazid :





Wednesday, April 1, 2015

SURAT SIARAN BTP BERKENAAN VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT - Penjelasan Mengenai Preventive Maintainance dan Corrective Maintainance



Info untuk sekolah sekolah yang mempunyai Virtual Desktop Infrastructure (VDI) Thin Client. Info ini berkaitan dengan Preventive Maintainance dan Corrective Maintainance.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK KUALA KURAU KE SK ALOR PONGSU



     Pada 30 Mac 2015, satu rombongan dari SK Kuala Kurau yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penyelaras Bestari telah mengadakan  lawatan sambil belajar ke SK Alor Pongsu bagi memantapkan lagi pengurusan Frog VLE di SK Kuala Kurau.            
     Lawatan ini adalah dengan kerjasama pihak PKG Kuala Kurau di mana seorang Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Kurau telah bertindak sebagai pegawai pengiring.
     Lawatan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir SK Alor Pongsu, Tuan Haji Yeop bin Hj Mat dan Guru Penyelaras Bestari SK Alor Pongsu iaitu En. Budiman bin Samsuri
         Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakam ucapan jutaan terima kasih di atas perkongsian maklumat yang telah diberikan oleh Guru Penyelaras Bestari SK Alor Pongsu semasa sesi lawatan ini berlangsung.Semoga segala informasi yang dikongsikan dapat memantapkan lagi pengurusan Frog VLE di SK Kuala Kurau.

BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI TINGKATAN 4,TINGKATAN 5, TAHUN 5 DAN TAHUN 6 SECARA PENDEKATAN ZPD DAERAH KERIAN 2015



Bengkel Instalasi dan penggunaan bahan digital MBMMBI  secara pendekatan ZPD bagi Daerah Kerian telah diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

1. CD MBMMBI Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan 5

Tarikh : 26 Mac 2015
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akademik,
               Kompleks Sekolah Wawasan 
               Parit Buntar, Perak.

2. CD MBMMBI Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5 

Tarikh : 26 Mac 2015
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akademik,
               Kompleks Sekolah Wawasan 
               Parit Buntar, Perak.

3. CD MBMMBI Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6

Tarikh : 27 Mac 2015
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akademik,
               Kompleks Sekolah Wawasan 
               Parit Buntar, Perak.

Pihak PKG Daerah Kerian ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kerian,Para Jurulatih Utama MBMMBI Daerah Kerian,Guru guru yang hadir serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Instalasi dan Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Daerah Kerian untuk tahun 2015.

Thursday, March 19, 2015

MESYUARAT JKPA BIL 1 /2015 PKG KUALA KURAU

                              

                      Mesyuarat tersebut telah diadakan pada ketetapan berikut :

                                 Tarikh  : 11 Mac 2015
                                  Masa   : 3.00 petang
                                  Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Kuala Kurau


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Hassan Adli bin Omar, PK1 SK Kuala Kurau yang mewakili  Guru Besar SK Kuala Kurau, En. Mohamad Wazir bin Abu Bakar yang tidak dapat hadir pada mesyuarat berkenaan.

Tn Hj Md Isa bin Md Amin hadir bagi mewakili  Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak sementara Tn Hj Zainoddin bin Napiah pula hadir bagi mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian.

Mesyuarat telah membincangkan banyak agenda tentang perancangan aktiviti PKG pada tahun 2015. Adalah menjadi harapan kepada semua yang hadir agar segala yang dirancangkan oleh PKG Kuala Kurau untuk tahun 2015 dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Wednesday, January 14, 2015

Gotong Royong Keceriaan PKG Kuala Kurau 2015




Pada 9 Januari 2015, satu gotong royong keceriaan telah diadakan di PKG Kuala Kurau. Kesemua staff  PKG Kuala Kurau telah terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong royong keceriaan ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat,memasang pelapik meja yang baru dan menggantung peta lokasi sekolah sekolah di bawah kelompok PKG Kuala Kurau. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan  aktiviti gotong royong keceriaan ini.

Lawatan Ketua Balai Polis Kuala Kurau ke Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau


Pada 15 Disember 2014, Ketua Balai Polis Kuala Kurau,Sarjan Mohd Maidin telah melakukan lawatan ke Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau bagi memberi khidmat nasihat tentang aspek keselamatan bangunan PKG Kuala Kurau. Dalam lawatan itu juga beliau memaklumkan bahawa rondaan berkala pegawai polis Kuala Kurau akan diadakan bagi memantau keselamatan PKG Kuala Kurau dan SK Kuala Kurau. Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh para pegawai polis Kuala Kurau dalam menjaga keselamatan bangunan PKG Kuala Kurau dan SK Kuala Kurau.