Thursday, October 30, 2014

KEM MEMBACA 1MALAYSIA.

 Kem Membaca 1Malaysia akan diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

Tarikh : 4 - 6 November 2014
Masa : 8.00 - 10.30 pg ( Rujuk Jadual )
Tema : Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia


Mohon kerjasama pihak pentadbir sekolah sekolah dalam kelompok PKG Kuala Kurau untuk mengembalikan borang pelaporan pada atau sebelum 11 November 2014 ke Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Borang Pelaporan Kem Membaca 1Malaysia 

Thursday, October 23, 2014

SOAL SELIDIK KAJIAN PENGGUNAAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (Frog VLE ) DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH SEKOLAH NEGERI PERAK



Pihak BTPN Perak sedang menjalankan soal selidik kajian penggunaan persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru di sekolah sekolah Negeri Perak bermula daripada 10 Oktober 2014. Pihak BTPN Perak mensasarkan seramai mungkin guru guru di sekolah Negeri Perak memberi respon kepada kajian ini bagi mengetahui sebarang masalah dan pandangan para guru tentang Frog VLE.Bagi menjayakan hasrat BTPN Perak ini, pihak PKG diminta menghebahkan tentang soal selidik ini di kalangan guru guru di kelompok PKG masing masing. PKG Kuala Kurau memohon kerjasama 4 orang guru subjek teras iaitu Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk mengisi borang soal selidik ini secara dalam talian. Borang soal selidik ini boleh dilayari pada pautan yang disediakan di bawah. Segala kerjasama para guru kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.





Friday, October 17, 2014

Bengkel Pembinaan Bahan PdP Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 di Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau 2014


Satu Bengkel Pembinaan Bahan PdP Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 telah dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau untuk Guru Guru Bahasa Inggeris kelompok PKG Kuala Kurau pada tarikh 13 - 15 Oktober 2014 yang lalu.Bengkel ini turut disertai oleh Guru Guru Bahasa Inggeris kelompok PKG Parit Buntar. Panduan tentang pembinaan Bahan PdP Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 telah disampaikan oleh Encik Mohd Shukri bin Awang dari SK Teluk Pial, Kuala Kurau. Guru guru telah dibahagikan mengikut kumpulan kecil dan setiap kumpulan diminta menghasilkan satu slaid Powerpoint Interaktif subjek Bahasa Inggeris Tahun 1. Hasilan bahan setiap kumpulan telah dikumpulkan dan dimuatkan ke dalam cakera padat untuk kegunaan PdP guru guru Bahasa Inggeris Tahun 1 di sekolah masing masing. Pihak Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Kuala Kurau, Encik Mohamad Wazir Bin Abu Bakar kerana memberi kebenaran untuk menggunakan Makmal Komputer SK Kuala Kurau sebagai tempat untuk melaksanakan Bengkel Pembinaan Bahan PdP. Tidak dilupakan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Penyelaras Bestari SK Kuala Kurau,Encik Alias bin Piei kerana memberi bantuan dari segi teknikal sepanjang bengkel ini berlangsung.

Tahniah Pasukan Tokoh NILAM Kerian 2014


Tahniah diucapkan kepada pasukan Tokoh  NILAM Daerah Kerian 2014 kerana kejayaan cemerlang di pertandingan pemilihan Tokoh NILAM peringkat Negeri Perak 2014.

Johan
  Tokoh NILAM Negeri PERAK 
                                   SR Kategori B. Malaysia                                           
           Mohd Irsyad bin Mohd Rashidi   (SK Tanah Kebun)
 


Tempat kedua
    Tokoh NILAM Negeri PERAK 
                                   SR Kategori B. Inggeris                                           
           Kamiinee a/p G.Nanasegaran (SK Methodist)

Friday, October 10, 2014

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014






Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014


Daerah Kerian Dan Larut Matang Selama
Tarikh : 15-16 Oktober 2014
Tempat: Hotel Taiping Perdana, Taiping

 
Untuk Makluman & Tindakan kepada semua peserta Daerah Kerian.

Tuntutan perjalanan dan jadual kursus perlu dicetak sendiri di laman tertera serta perlu mendaftar online.Untuk makluman semua,setiap sekolah diwakili oleh Pengetua/Guru besar dan seorang guru sama ada penolong kanan ataupun guru ICT.

Muat turun borang panggilan dan tuntutan perjalanan :
http://btpnperak.moe.edu.my/best/index.php/muat-turun


Pra-Pendaftaran online Peserta Program Perkongsian Amalan Terbaik

http://btpnperak.moe.edu.my/best/index.php/pendaftaran

Friday, October 3, 2014

Penilaian Anugerah PSS Cemerlang Negeri Perak 2014 Kategori SKM di SJKT Ladang Chersonese K.Kurau



Penilaian Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak Tahun 2014 bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) di SJKT Ladang Chersonese Kuala Kurau telah diadakan pada 29 September 2014. Seramai 3 orang pegawai penilai yang terdiri daripada Encik Saiful Azmi bin Hj Hashim, Encik Muhammad Fitry bin Md Isa dan Encik Nazli Azri Safie bin Abu Samat telah hadir dan membuat penilaian terhadap Pusat Sumber SJKT Ladang Chersonese. Pihak PKG Kuala Kurau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pentadbir, Guru Pusat Sumber dan warga SJKT Ladang Chersonese sepanjang proses penilaian dilakukan.