Wednesday, May 27, 2015

BENGKEL REKABENTUK INSTRUKSIONAL PdP DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) UNTUK GURU- GURU SUBJEK SAINS, PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 2015

     Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran VLE telah diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

                 Tarikh : 25 & 26 Mei 2015
                  Masa  : 8.30 am - 4.30 pm
                  Tempat : Bilik Seminar PKG Kuala Kurau
     Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran Pend.Islam dan Sains untuk sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah pula melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris peringkat menengah rendah.Guru-guru ini dipilih daripada gabungan 3 kelompok PKG Kerian iaitu PKG Kuala Kurau, PKG Parit Buntar dan PKG Bagan Serai.
     Bengkel ini dikendalikan oleh 8 orang fasilitator yang diketuai oleh En. Abdul  Basit bin Mohamad Noor dari PKG Parit Buntar.
     Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang pembinaan laman pembelajaran VLE dan bagaimana cara untuk menghantar laman tersebut ke MoE Repository.

PROGRAM ZIARAH GURU SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2015

      Sempena sambutan Hari Guru Tahun 2015, PKG Daerah Kerian telah bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian dalam Program Ziarah Guru Peringkat Daerah Kerian. PKG Daerah Kerian telah membantu dari segi aspek rakaman gambar pegun ketika program tersebut dijalankan.PKG Daerah Kerian diwakili oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan, Pn. Wan Maszatul Laili bt Meor Rohidi dengan dibantu oleh beberapa orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian. Pejabat Pendidikan Daerah Kerian pula diketuai oleh Tuan PPD Kerian, Pn.Ommi Kalsom bt Mohamad dan beberapa orang pegawai PPD Kerian.
      Semoga kerjasama erat antara PKG Daerah Kerian dan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian akan terus terjalin di masa masa akan datang.

Tuesday, May 12, 2015

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE UNTUK PARA PENTADBIR SEKOLAH PKG KUALA KURAU 2015

      Pada tarikh 12 Mei 2015, PKG Kuala Kurau telah mengadakan satu Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Frog VLE untuk para Pentadbir Sekolah Sekolah Kelompok PKG Kuala Kurau.
          Bengkel ini disampaikan oleh En.Kamaruzaman bin Ishak, Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Kuala Kurau. Setiap peserta bengkel telah dibekalkan dengan panduan asas pembinaan laman pembelajaran Frog VLE secara bercetak. Ini untuk memudahkan peserta mengikuti langkah langkah pembinaan laman secara lebih mudah dan berkesan.
         Pihak PKG Kuala Kurau juga ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Kuala Kurau, En.Mohamad Wazir bin Abu Bakar kerana telah sudi meminjamkan chromebook bagi kegunaan peserta bengkel.

BANTUAN TEKNIKAL UJIAN PISA 2015 DI SMK RAJA LOPE NOR RASHID TANJONG PIANDANG





      Pada tarikh 8 Mei 2015,  Pegawai Teknologi Pendidikan 2 dan Juruteknik Komputer PKG Kuala Kurau dengan dibantu oleh Juruteknik Komputer PKG Parit Buntar, Juruteknik Komputer PKG Bagan Serai serta 5 orang Juruteknik sekolah-sekolah kelompok PKG Kuala Kurau telah hadir ke SMK Raja Lope Nor Rashid bagi membantu pihak sekolah dari segi aspek teknikal persediaan netbook bagi menjayakan Ujian PISA 2015.
       Pasukan teknikal ini tiba seawal jam 7.30 pagi bagi membantu pihak sekolah menyediakan netbook yang bakal digunakan oleh calon calon Ujian Pisa 2015. Seorang Pegawai dari Kementerian Pendidikan dan seorang Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga telah hadir sebagai Pegawai yang mengawal selia perjalanan Ujian PISA berkenaan.
        Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak, Dr Suhaimi bin Kadir  juga telah hadir bagi memantau tugasan yang dijalankan oleh para Pegawai PKG Kuala Kurau.
        Ujian PISA telah dapat dijalankan dengan jayanya. Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan Ujian PISA 2015 ini.
























BENGKEL PERSEDIAAN TOKOH NILAM KELOMPOK PKG KUALA KURAU TAHUN 2015



       Pada 7 Mei 2015, PKG Kuala Kurau telah menganjurkan Bengkel Persediaan Tokoh NILAM bagi memberi pendedahan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau tentang aspek menyediakan murid untuk Pemilihan Tokoh NILAM.
       Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot. Slot pertama dikendalikan oleh Pn. Wan Maszatul Laili bt Meor Rohidi, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Kuala Kurau. Slot beliau lebih menumpukan kepada aspek teknikal seperti penyediaan folio peserta dan borang-borang berkaitan Pemilihan Tokoh NILAM.
         Slot ke-2 pula dikendalikan oleh Pn. Hasni binti Abdul Rahman, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Kerian. Beliau pula berkongsi ilmu tentang aspek penilaian Tokoh NILAM oleh para hakim semasa proses Pemilihan Tokoh NILAM dijalankan. Banyak tips dan panduan yang berguna telah beliau kongsikan kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau yang telah hadir pada hari berkenaan.
         Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan perhargaan kepada Pn. Hasni binti Abdul Rahman di atas perkongsian tips dan panduan yang amat berguna kepada bakal Tokoh NILAM PKG Kuala Kurau 2015.
         Semoga dengan perkongsian ilmu dan panduan oleh 2 orang fasilitator ini telah dapat memberikan panduan serta pemahaman kepada GPM dan GPSS kelompok PKG Kuala Kurau dalam membuat persediaan murid ke Pemilihan Tokoh NILAM 2015.