Pemberitahuan – Proses Import Maklumat Murid
Import Maklumat Murid ke dalam VLE
Dimaklumkan
sistem 1BestariNet telah dipertingkatkan dengan pertambahan fungsi bagi
pengemaskinian maklumat murid yang membolehkan setiap sekolah
mengimport data murid terkini ke dalam VLE daripada pangkalan data APDM.
Pentadbir VLE di sekolah kini dapat mengimport maklumat murid ke dalam
VLE secara pukal melalui fungsi import yang terdapat di dalam aplikasi
‘Users’.
Dengan pertambahan
fungsi ini, proses import maklumat murid ke dalam VLE dapat dilakukan
sendiri oleh Pentadbir VLE di setiap sekolah dengan menggunakan data
murid yang diinput di peringkat sekolah masing-masing. Proses ini
membolehkan:
• Pengemaskinian dilakukan untuk semua kelas dan murid di sekolah terbabit.
• Pertambahan maklumat semua murid baru
• Pengemaskinian tingkatan/ kelas murid, dan
• Pembetulan sebarang kesilapan data atau maklumat yang tidak lengkap untuk murid tersebut.
Tatacara
pelaksanaan proses import maklumat murid diperincikan di mukasurat
seterusnya. Pihak sekolah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami
panduan yang telah disediakan ini terlebih dahulu, sebelum melaksanakan
proses import di sekolah masing-masing.
Jika
pihak sekolah mempunyai sebarang pertanyaan ataupun menghadapi sebarang
masalah berkaitan dengan proses import maklumat murid ini, sila hubungi
meja bantuan 1BestariNet di nombor talian atau emel yang tertera di
bawah.
Terima Kasih.
Sentiasa Berkhidmat, moesupport@ytlcomms.my
No. Telefon: ✓ 018-7998787
Waktu Operasi: ✓ Isnin – Jumaat (termasuk Cuti Awam) ✓ 7am-10pm
Klik ~~DISINI ~~ Untuk Muat TurunManual Proses Import Maklumat Murid.
0 comments :
Post a Comment