Thursday, March 19, 2015

MESYUARAT JKPA BIL 1 /2015 PKG KUALA KURAU

                              

                      Mesyuarat tersebut telah diadakan pada ketetapan berikut :

                                 Tarikh  : 11 Mac 2015
                                  Masa   : 3.00 petang
                                  Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Kuala Kurau


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Hassan Adli bin Omar, PK1 SK Kuala Kurau yang mewakili  Guru Besar SK Kuala Kurau, En. Mohamad Wazir bin Abu Bakar yang tidak dapat hadir pada mesyuarat berkenaan.

Tn Hj Md Isa bin Md Amin hadir bagi mewakili  Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak sementara Tn Hj Zainoddin bin Napiah pula hadir bagi mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian.

Mesyuarat telah membincangkan banyak agenda tentang perancangan aktiviti PKG pada tahun 2015. Adalah menjadi harapan kepada semua yang hadir agar segala yang dirancangkan oleh PKG Kuala Kurau untuk tahun 2015 dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Wednesday, January 14, 2015

Gotong Royong Keceriaan PKG Kuala Kurau 2015




Pada 9 Januari 2015, satu gotong royong keceriaan telah diadakan di PKG Kuala Kurau. Kesemua staff  PKG Kuala Kurau telah terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong royong keceriaan ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat,memasang pelapik meja yang baru dan menggantung peta lokasi sekolah sekolah di bawah kelompok PKG Kuala Kurau. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan  aktiviti gotong royong keceriaan ini.

Lawatan Ketua Balai Polis Kuala Kurau ke Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau


Pada 15 Disember 2014, Ketua Balai Polis Kuala Kurau,Sarjan Mohd Maidin telah melakukan lawatan ke Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau bagi memberi khidmat nasihat tentang aspek keselamatan bangunan PKG Kuala Kurau. Dalam lawatan itu juga beliau memaklumkan bahawa rondaan berkala pegawai polis Kuala Kurau akan diadakan bagi memantau keselamatan PKG Kuala Kurau dan SK Kuala Kurau. Pihak PKG Kuala Kurau ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh para pegawai polis Kuala Kurau dalam menjaga keselamatan bangunan PKG Kuala Kurau dan SK Kuala Kurau.

Thursday, November 27, 2014

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak pada tahun 2009 yang berteraskan kerjasama kreatif dan inovatif pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Saksikan video ini untuk mengetahui NBOS dengan lebih lanjut.
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=3301

Monday, November 10, 2014

PEMANTAUAN TERHADAP PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT OLEH SYARIKAT RHL DI SK TELOK PIAL KUALA KURAU

Pada 5 November 2014, dua orang pegawai PKG Kuala Kurau telah hadir ke SK Telok Pial,Kuala Kurau bagi memantau kerja kerja penyelenggaraan peralatan ICT makmal komputer sekolah berkenaan oleh pihak RHL. Pihak PKG telah menyemak dokumen yang dibawa oleh juruteknik RHL bagi tujuan penyelenggaraan tersebut. Pihak PKG juga telah mengambil beberapa gambar sepanjang proses penyelanggaraan tersebut dilakukan.


Thursday, October 30, 2014

KEM MEMBACA 1MALAYSIA.

 Kem Membaca 1Malaysia akan diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut :

Tarikh : 4 - 6 November 2014
Masa : 8.00 - 10.30 pg ( Rujuk Jadual )
Tema : Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia


Mohon kerjasama pihak pentadbir sekolah sekolah dalam kelompok PKG Kuala Kurau untuk mengembalikan borang pelaporan pada atau sebelum 11 November 2014 ke Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Borang Pelaporan Kem Membaca 1Malaysia 

Thursday, October 23, 2014

SOAL SELIDIK KAJIAN PENGGUNAAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (Frog VLE ) DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH SEKOLAH NEGERI PERAK



Pihak BTPN Perak sedang menjalankan soal selidik kajian penggunaan persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru di sekolah sekolah Negeri Perak bermula daripada 10 Oktober 2014. Pihak BTPN Perak mensasarkan seramai mungkin guru guru di sekolah Negeri Perak memberi respon kepada kajian ini bagi mengetahui sebarang masalah dan pandangan para guru tentang Frog VLE.Bagi menjayakan hasrat BTPN Perak ini, pihak PKG diminta menghebahkan tentang soal selidik ini di kalangan guru guru di kelompok PKG masing masing. PKG Kuala Kurau memohon kerjasama 4 orang guru subjek teras iaitu Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk mengisi borang soal selidik ini secara dalam talian. Borang soal selidik ini boleh dilayari pada pautan yang disediakan di bawah. Segala kerjasama para guru kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.





Friday, October 17, 2014

Bengkel Pembinaan Bahan PdP Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 di Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau 2014


Satu Bengkel Pembinaan Bahan PdP Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 telah dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau untuk Guru Guru Bahasa Inggeris kelompok PKG Kuala Kurau pada tarikh 13 - 15 Oktober 2014 yang lalu.Bengkel ini turut disertai oleh Guru Guru Bahasa Inggeris kelompok PKG Parit Buntar. Panduan tentang pembinaan Bahan PdP Subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 telah disampaikan oleh Encik Mohd Shukri bin Awang dari SK Teluk Pial, Kuala Kurau. Guru guru telah dibahagikan mengikut kumpulan kecil dan setiap kumpulan diminta menghasilkan satu slaid Powerpoint Interaktif subjek Bahasa Inggeris Tahun 1. Hasilan bahan setiap kumpulan telah dikumpulkan dan dimuatkan ke dalam cakera padat untuk kegunaan PdP guru guru Bahasa Inggeris Tahun 1 di sekolah masing masing. Pihak Pusat Kegiatan Guru Kuala Kurau juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Kuala Kurau, Encik Mohamad Wazir Bin Abu Bakar kerana memberi kebenaran untuk menggunakan Makmal Komputer SK Kuala Kurau sebagai tempat untuk melaksanakan Bengkel Pembinaan Bahan PdP. Tidak dilupakan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Penyelaras Bestari SK Kuala Kurau,Encik Alias bin Piei kerana memberi bantuan dari segi teknikal sepanjang bengkel ini berlangsung.

Tahniah Pasukan Tokoh NILAM Kerian 2014


Tahniah diucapkan kepada pasukan Tokoh  NILAM Daerah Kerian 2014 kerana kejayaan cemerlang di pertandingan pemilihan Tokoh NILAM peringkat Negeri Perak 2014.

Johan
  Tokoh NILAM Negeri PERAK 
                                   SR Kategori B. Malaysia                                           
           Mohd Irsyad bin Mohd Rashidi   (SK Tanah Kebun)
 


Tempat kedua
    Tokoh NILAM Negeri PERAK 
                                   SR Kategori B. Inggeris                                           
           Kamiinee a/p G.Nanasegaran (SK Methodist)

Friday, October 10, 2014

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014






Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014


Daerah Kerian Dan Larut Matang Selama
Tarikh : 15-16 Oktober 2014
Tempat: Hotel Taiping Perdana, Taiping

 
Untuk Makluman & Tindakan kepada semua peserta Daerah Kerian.

Tuntutan perjalanan dan jadual kursus perlu dicetak sendiri di laman tertera serta perlu mendaftar online.Untuk makluman semua,setiap sekolah diwakili oleh Pengetua/Guru besar dan seorang guru sama ada penolong kanan ataupun guru ICT.

Muat turun borang panggilan dan tuntutan perjalanan :
http://btpnperak.moe.edu.my/best/index.php/muat-turun


Pra-Pendaftaran online Peserta Program Perkongsian Amalan Terbaik

http://btpnperak.moe.edu.my/best/index.php/pendaftaran

Friday, October 3, 2014

Penilaian Anugerah PSS Cemerlang Negeri Perak 2014 Kategori SKM di SJKT Ladang Chersonese K.Kurau



Penilaian Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak Tahun 2014 bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) di SJKT Ladang Chersonese Kuala Kurau telah diadakan pada 29 September 2014. Seramai 3 orang pegawai penilai yang terdiri daripada Encik Saiful Azmi bin Hj Hashim, Encik Muhammad Fitry bin Md Isa dan Encik Nazli Azri Safie bin Abu Samat telah hadir dan membuat penilaian terhadap Pusat Sumber SJKT Ladang Chersonese. Pihak PKG Kuala Kurau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pentadbir, Guru Pusat Sumber dan warga SJKT Ladang Chersonese sepanjang proses penilaian dilakukan.

Friday, September 26, 2014

Tahniah Pasukan Tokoh NILAM Daerah Kerian 2014






 Tahniah diucapkan kepada pasukan Tokoh  NILAM Daerah Kerian 2014 kerana kejayaan cemerlang di pertandingan pemilihan Tokoh NILAM peringkat Negeri Perak 2014.

1. Tempat Pertama Program Resensi Buku  Kategori Sek Men

2. Tempat Pertama kategori Persembahan Berkumpulan

3. Tempat Kedua dalam penilaian keseluruhan

Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih juga kepada para guru, para pegawai PKG Daerah Kerian dan para pegawai PPD Kerian yang telah bertungkus lumus membimbing dan melatih kesemua Tokoh NILAM Daerah Kerian sehingga mereka berjaya dengan cemerlang. Nantikan debaran keputusan Tokoh NILAM Negeri Perak 2014 yang bakal dilangsungkan pada 16 Oktober 2014.

Wednesday, August 27, 2014

KHIDMAT BANTU SSQS 2014 KELOMPOK PKG KUALA KURAU


 
Seramai 3 orang pegawai PKG Kuala Kurau yang terdiri daripada Pn Wan Maszatul Laili (PTP 1),En,Kamaruzaman (PTP 2) dan En Ahmad Eusman (Juruteknik Komputer) telah melakukan lawatan khidmat bantu pengisian data SSQS 2014 ke 2 sekolah menengah SABK iaitu SABK Al-Falah dan SABK Shamsul Maarif bagi membantu warga sekolah berkenaan menyelesaikan proses pengisian data SSQS 2014 mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Lawatan khidmat bantu itu telah diadakan pada 27 Ogos 2014. Hasil daripada lawatan khidmat bantu itu, kedua kedua sekolah itu telah berjaya menyelesaikan proses pengisian data SSQS mereka.

Tuesday, August 26, 2014

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG NEGERI PERAK 2014 DI SK SUNGAI BURONG 25 OGOS 2014


NAMA PEGAWAI PENILAI :

1. CIK HASLINDA BINTI JAMALUDDIN
2.ENCIK MOHD RIZAL BIN TERMIZI
3. PUAN NORJIHAN BINTI MAT RASHID

Bahan video hasil perkongsian PKG Kuala Kurau dan SK Sg Burong

































































Monday, August 25, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 57




UNTUKMU MH17


DIDEKLAMASI OLEH :

ABDUL GHAFAR ISMAIL
Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro





Thursday, August 21, 2014

Wednesday, August 20, 2014

Surat Rasmi Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Daerah Kerian 2014


Untuk makluman kepada Guru Perpustakaan Media SK Matang Gerdu, SK Seri Siakap,SMK Seri Perak, SMK Raja Lope Nor Rashid dan SMK Methodist .Berikut adalah surat rasmi tentang pemilihan tokoh NILAM daerah Kerian 2014.

VIDEO FORMAT BARU PEMILIHAN TOKOH NILAM (BAHASA INGGERIS)



FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS ( INDIVIDU )













 FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS  (KUMPULAN) 



 
PKG Kuala Kurau ingin berkongsi video format terkini pemilihan Tokoh NILAM sebagai panduan kepada Tokoh NILAM kelompok PKG Kuala Kurau yang bakal bertanding di peringkat daerah pada 28 Ogos 2014 nanti di PKG Gunung Semanggol.







VIDEO FORMAT BARU PEMILIHAN TOKOH NILAM ( BAHASA MELAYU )




FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA MELAYU ( INDIVIDU )














FORMAT PEMILIHAN TOKOH NILAM BAHASA MELAYU (KUMPULAN)





PKG Kuala Kurau ingin berkongsi video format terkini pemilihan Tokoh NILAM sebagai panduan kepada Tokoh NILAM kelompok PKG Kuala Kurau yang bakal bertanding di peringkat daerah pada 28 Ogos 2014 nanti di PKG Gunung Semanggol.